Thursday, February 3, 2011

wajib baca!


 ni aku copy dari orang...

salam. aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.

takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?

betul.

ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni,

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html


http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-tentang-pelan.html


apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke?

betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar.

aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu.

yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan?

aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet?

ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini.

sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.
ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!

sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.

kami tak cukup berharga, kan?

lagi sekali.
sampai bila?
nak tunggu kami yang di kawasan hijau  ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.


kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?

kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa.

well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama.


sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.



kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai.

banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

terima kasih kerana sudi membaca.

wassalam.

malas nye:D

semalam aku dah siap pack barang nak pergi jeddah tu.. tapi aku unpack balik.. then now kene pack balik la.. socks n jeans tak basuh lagi, sekarang 3 hb, lagi sehari ade..

kenapela aku pergi unpack balik >,<
okay sekarang ni nak tinggal hal riot,jeddah semua jauh jauh.. tired of thinking,tired of worrying..im doing nothing wrong and im deserve to be happy:) *sebenarnye aku pun risau, tapi aku pun happy, aku tak tahu aku rase ape* maybe pretending ..entah la.. tengok news teruk teruk pun still boleh senyum..arghh ape masalah aku ni.. biar lah die..
sekarang nak cerite pasal hero korea! serious its such a long time aku menjauhi diri daripada terminat kat jejaka jejaka korean yang jambu air ni.. yang 1st and last pun lee dong wook,alaa hero cerite mygirl tu

rase nye lepas korang tengok gambar ni.. dah boleh tahu la kenape die ni sangat diminati.. ohh comel nye!
aku start minat die mase aku form 5:),but then after 5 years.. bile umur 21 aku pun tertengok la cite my lady..
ohhh choi si won.. with his six pack,dimple lagi..sexy..haha gatal la..tapi tu memang kenyataan nye, sangat la cute..1987??umur die baru je 24 tahun~~

ni scene dalam cite oh my lady.. memang ciri ciri suami solehah betul:D
*fainted *_*
he's 183cm:) erm lelaki melayu susah kot
look at the dimple:).. kening pun comel:)
and his blood type is B same as mine:P..haha.. okay okay azira toksah la nak berangan ye.. lelaki melayu still berlambak cute lagi.. ye ke-__-"?hehe..betul betul lelaki melayu ade je yang 183 cm, ade dimple, ade six pack, dan macam macam lagi..tapi one thing lelaki melayu takyah susah susah nak buat macho.. coz muke dorang memang dah macho,im saying for the dark skin malay guys.. yang cerah tu kene berusaha sikit la jadi macho.. ini saje laporan ringkas berkenaan rusuhan di mesir,bersame azira.. bye bye.. sehingge berjumpa lagi:)

Wednesday, February 2, 2011

riot?curfew?not so called winter break..

erm..kisah pasal rusuhan kat mesir,rasenye semua orang dah tahu kan nak cerite pasal experience,walaupun tak de la gempak sangat:)coz kat mansoura okay okay je tak macam cairo..okay 1stly somehow aku rase orang yang ade kat malaysia lebih tahu keadaan sebenar compared to kitorang kat sini..coz:

1)kat sini kitorang takde internet,egypt government yang block..merana aku.. boring gile
2)line fon pon tak berape elok.. nak call boleh tapi sms memang tak dapat.. plus ketiadaan topup,entah kenape tibe tibe kedai tak jual topup etisalat(name prepaid)
 3)kitorang budak malaysia takde tv.. so xleh la nak tengok berite, lagipun kalau ade tv rasenye kitorang pon tak faham bahase arab:p
4)curfew..included today,it have been 7 days..memang tak dapat keluar rumah.. nak keluar boleh tapi makesure start pukul 8 am till 4pm..tapi biasenye budak melayu memang tak keluar rumah,melainkan ade urusan yang sangat penting,even there's not much egyptian girl in the street during the day..

friday,28th january: satu malam penuh ketakutan..haha.. tajuk cam gempak je.. tapi serious aku takut gile,nak tahu kenape??

1)dapat berite macam macam(call daripade kawan),balai polis kene bakar,banduan terlepas,ade budak melayu kene tahan berhampiran rumah aku,ade rusuhan besar besaran kat area rumah kitorang..
2)so those news,eventually buat kitorang tibe tibe rase terkejut,bukan ape.. kitorang dah la tak tahu sangat pasal ade rusuhan tibe tibe cakap macam tu plak..lagi la cuak..
3)malam tu kitorang  semua budak malaysia tutup lampu rumah,kunci semua pintu tingkap dan just duduk diam diam sambil meratapi nasib,cakap pun bisik bisik..walaupun bunyi nye kelakar tapi tu lah reality nye.. aku rase malam tu termenangis kot sikit..sikit je la..setakat berair mate je lah,takde la meraung raung.

keesokan hari nye 29th jan:
hurm semua students dinasihatkan beli barang keperluan,as in makanan laa.. kitorabg pon beli la bekalan makanan,nasib baik kitorang beli awal.. coz kesokan harinya(30th jan) student tak boleh keluar rumah coz ade rusuhan besar besaran lagi..and aku rase malam ni kot ade rusuhan kat jalan depan rumah kitorang,dengar pompuan menjerit, n dorang bawak besi besi n parang segale,the day onward till today,banyak la jugak aku dengar berite,rumah student kene masuk,sorang student cairo kene rogol(yang ni aku tak sure betul ke tak)n also airport kene bom.. and that time ade la jugak ura ura katenye all malaysian in egypt will be evacuate to libya,jordan and jeddah.. mase tu juzt dengar khabar angin je la.. tapi kitorang memang dah diarahkan packing barang,.

today,3rd february:
dapat berite dari pihak malaysia yang on this 5th february,we'll going to jeddah,dorang cakap maximum kitorang akan stay sane sampai sebulan..balik malaysia tak.. aku tak sure lagi la..  actually winter break aku just sampai 12th jan je.. and up till now, pihak university still belum decide  tempoh cuti kitorang, tapi dengar cakap cakap yang cuti tak kan di extent je.. hurm tak tahu la.. tapi still boleh study jek.. bawak la buku buku, wlaupun sangat berat:(